PRU15: BN Machang ditolak, Ahmad Jazlan reda

Ahmad Jazlan reda dengan ketentuan Ilahi diatas penolakan rakyat terhadap BN di Parlimen Machang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahmad Jazlan reda dengan ketentuan Ilahi diatas penolakan rakyat terhadap BN di Parlimen Machang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
A
A
A

MACHANG - Bekas penyandang kerusi Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub reda dengan ketentuan Ilahi di atas penolakan rakyat terhadap BN di Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, rakyat sudah membuat keputusan dan sebagai orang politik beliau menganggap jatuh bangun adalah perkara biasa.

"Saya pernah jatuh dan saya pernah bangkit kembali, dan hari ini, saya jatuh lagi.

"Saya reda dengan ketentuan Ilahi, ia sudah tertulis," demikian coretan Pengerusi BN Kelantan di Facebooknya pada Ahad.

Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Ahli Parlimen baharu Machang dari Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Pada masa sama, Ahmad Jazlan turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong dan pengundi BN.

"Jasa anda semua tidak termampu untuk saya membalasnya.

"Sesungguhnya, perjuangan tidak akan terhenti di sini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada PRU15 Wan Ahmad Fayhsal memenangi kerusi Parlimen Machang dengan memperoleh majoriti 10,154 undi.

Wan Ahmad Fayhsal memperoleh 35,603 undi, Ahmad Jazlan (BN) 25,449, Dr Rosli Allani Abdull Kadir (PH) 3,934 dan Mejar (B) Muhammad Seman (Putra) 128 undi.



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!