Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Pilih PM sebelum 2.00 petang esok: Agong

20 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 20 NOVEMBER 2022

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ketua parti yang mempunyai majoriti terbanyak mengemukakan gabungan dan calon Perdana Menteri kepada Istana Negara sebelum jam 2.00 petang Isnin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi satu kenyataan memaklumkan dokumen yang dikemukakan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh jelas menyatakan bahawa tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu.

Artikel: https://bit.ly/3AulPjw

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15