'Saya pun tunggu juga' - Mohamad Sabu

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
A
A
A

PETALING JAYA - “Tunggu Datuk Seri Anwar (Ibrahim). Saya pun macam kamu juga, tunggu.”

Itu jawapan ringkas Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu ketika ditemui di sebuah hotel bagi mengulas mengenai kedudukan Pakatan Harapan (PH) pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketika ini, PH masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perancangan membentuk kerajaan selepas memenangi 82 kerusi pada pilihan raya berkenaan.

Namun Presiden PH itu pada sidang media selepas keputusan PRU15 awal pagi tadi mendakwa, telah mencapai persefahaman dan persetujuan dengan rakan gabungan untuk membentuk kerajaan.

Sementara itu Sinar Harian melaporkan, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima kunjungan Pengerusi Gabungan Pari Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan pembentukan kerajaan Persekutuan pada Ahad.

Pertemuan itu turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.


Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!