PRU15: Hadi tinggalkan kediaman Muhyiddin
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu turut melambaikan tangan kepada petugas media yang menanti di luar kediaman Muhyiddin.
Cubaan pihak media untuk mendapatkan maklum balas pemimpin nombor satu Pas itu bagaimanapun tidak berjaya apabila kenderaan berwarna hitam yang membawa Abdul Hadi berlalu pergi.
Sejurus itu, kenderaan yang membawa Menteri Besar Kedah yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor juga turut meninggalkan kediaman Muhyiddin.
Kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara di sini menjadi tumpuan media sejak tengah hari Ahad.
Ia bagi menantikan perkembangan pembentukan kerajaan baharu yang masih lagi tergantung.
Sinar Harian difahamkan Abdul Hadi dan Muhyiddin akan mengadakan perbincangan lanjut pada jam 3 petang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!