Piala Dunia: AS laung amaran awal

Gregg Berhalter
Gregg Berhalter
A
A
A

KETUA jurulatih Amerika Syarikat (AS), Gregg Berhalter yakin anak buahnya tidak akan berdepan masalah untuk menewaskan mana-mana lawannya jika mereka berada dalam prestasi yang terbaik.

Bagaimanapun beliau enggan meletakkan sandaran yang tinggi buat pasukannya, sebaliknya mahu memberi fokus untuk melepasi peringkat kumpulan pada Piala Dunia kali ini.

“Ia adalah satu penghormatan untuk bermain dalam Piala Dunia tetapi kami bukan hanya mahukan penyertaan, tapi kami mahu mempamerkan prestasi.

“Kami fikir langkah pertama adalah untuk melepasi peringkat kumpulan. Langkah kedua adalah perlawanan kalah mati, bermain dengan sebaik mungkin dan melihat seberapa jauh kami boleh pergi.

“Saya percaya, apabila kami berada pada prestasi terbaik, pasukan ini mampu untuk menewaskan sesiapa di dunia ini, sesiapa sahaja,” katanya.

Pada edisi yang lalu, skuad Uncle Sam gagal melayakkan diri pada kejohanan tersebut dan kini merancang untuk mencipta impak di Qatar memandangkan mereka akan menjadi tuan rumah bersama Canada dan Mexico pada 2026.

Pada aksi Piala Dunia kali ini, AS diundi bersama Wales, England dan Iran dalam saingan Kumpulan B.

Untuk rekod, skuad AS layak ke peringkat kumpulan sebanyak lima kali daripada keseluruhan sembilan penyertaan dalam Piala Dunia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!