Konvoi pimpinan Sabah tinggalkan kediaman Muhyiddin

Kenderaan dipercayai membawa pemimpin-pemimpin politik Sabah keluar dari kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara pada Ahad.
Kenderaan dipercayai membawa pemimpin-pemimpin politik Sabah keluar dari kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kenderaan yang dipercayai membawa delegasi pemimpin-pemimpin politik Sabah dilihat keluar dari kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara pada Ahad.

Kira-kira 10 kenderaan keluar pada jam 7 malam, namun tidak dapat dipastikan siapa yang berada dalam konvoi kenderaan berkenaan.

Usaha media mendapatkan reaksi daripada pimpinan Borneo itu masih belum berjaya kerana kesemua kenderaan terus meninggalkan kawasan tersebut.

Perkembangan itu dipercayai sekali gus menamatkan sesi perbincangan antara PN dan parti-parti politik Borneo bagi membentuk kerajaan pusat.

Muhyiddin dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg juga telah mengeluarkan kenyataan terkini berhubung status perbincangan antara gabungan-gabungan parti itu yang yakin memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan.

Malah Muhyiddin turut menyatakan keyakinan memperoleh cukup sokongan untuk membolehkan diri beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.


Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!