Zahid perlu berundur, beri ruang penstrukturan semula UMNO

Zurainah pada sidang akhbar desak Ahmad Zahid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO pada Ahad.
Zurainah pada sidang akhbar desak Ahmad Zahid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Wanita UMNO Wilayah Persekutuan meminta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zurainah Musa berkata, Ahmad Zahid perlu meletak jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO dengan serta-merta.

Menurutnya, UMNO memerlukan penstrukturan baharu untuk mendepani dan menjadikan parti itu sebagai pilihan rakyat pada masa akan datang.

Kami menginsafi dan menyedari kekalahan yang berlaku pada semalam. Kami sifatkan PRU14 adalah rakyat menegur BN akan tetapi PRU15 rakyat menolak BN.

"Ahmad Zahid wajib bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penolakan rakyat terhadap UMNO/BN," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Wanita UMNO Wilayah Persekutuan Medan Tuanku pada Ahad.

Zurainah turut menegaskan, Wanita UMNO Wilayah Persekutuan kekal dengan pendirian 'No Anwar, No DAP' sepertimana yang telah diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu.

Jelasnya, tiada mana-mana individu boleh melanggar atau mengubah ketetapan tersebut termasuk Biro Politik, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO atau presiden melainkan melalui PAU Khas.

Dalam pada itu itu, ditanya mengenai terdapat cadangan supaya BN menjadi pembangkang susulan penolakan rakyat pada PRU15, beliau berkata, BN mempunyai pilihan untuk menjadi pembangkang atau membentuk kerajaan campuran.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak nafikan menjadi pembangkang mungkin adalah cadangan yang bagus tetapi perlu ada dua blok pembangkang supaya kita boleh menjadi semak dan imbang kepada kerajaan minoriti jika ia dapat ditubuhkan.

"Kita juga boleh adakan gabungan bersama mana-mana komponen selain Anwar dan DAP atau Pakatan Harapan.

"Selain daripada itu, BN boleh mempunyai gabungan antara parti-parti yang menang, " katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!