Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

PRU15: Berundurlah Zahid, akar umbi dah 'berbunyi'

20 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

PRU15: Berundurlah Zahid, akar umbi dah 'berbunyi'

BERITA SEMASA 20 NOVEMBER 2022

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terus diasak mengundur diri susulan kekalahan besar BN dalam PRU15, lapor wartawan Sinar Harian, Farah Shazwani Ali dan Mohammad Fairuz Jumain.

Desakan terbaharu itu hadir selepas sebilangan pemimpin UMNO Bahagian Bukit Bintang berhimpun di ibu pejabat parti itu di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin nombor satu parti itu.

Ketua UMNO Cawangan KLCC, Datuk Seri Dzulkarnain Taib berkata, sebagai pemimpin utama parti, Datuk Seri Ahmad Zahid perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dengan kekalahan memalukan ini.

Begitu juga dengan Ketua UMNO Cawangan Jalan Hang Jebat, Mohd Zailan Mokhtar pula berkata, Presiden UMNO itu dilihat lebih mementingkan agenda peribadi berbanding kepentingan parti.

Artikel: https://bit.ly/3GwFNhi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #pru15