'Saya yakin diberi peluang terajui negara' - Anwar

Anwar
Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin akan diberi peluang untuk menerajui negara pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana sudah mempunyai majoriti mudah.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tambun itu masih merahsiakan gabungan parti politik yang akan dibentuk itu.

"Sejak semalam kita dah cukup 112 kerusi dan yakin saya akan diberi peluang untuk menerajui negara selepas ini.

"Proses itu (kemukakan nama Perdana Menteri dan nama parti untuk anggotai gabungan) adalah melalui Yang di-Pertuan Agong seperti apa yang dititahkan Istana Negara," katanya kepada pemberita pada malam Ahad.

Keputusan PRU15 menyaksikan Parlimen tergantung kerana tiada satu pun gabungan yang berjaya mendapat majoriti 112 kerusi Parlimen.

Berikutan itu, Anwar meminta semua pihak bersabar dalam menantikan pembentukan kerajaan baharu.

"Yang lain-lain sabar dahulu, ikut macam 'Anwar' yang sudah lama sabar ini," ujarnya.

Ditanya mengenai hubungan PH dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Anwar mengakui hubungan kerjasama masih wujud walaupun ia tidak mudah.

Artikel Berkaitan:

"Ia kerana GPS terikat dengan hubungan lama dengan BN dan Perikatan Nasional (PN).

"Tapi kestabilan negara, menyelamatkan negara daripada unsur-unsur negatif dan memulihkan negara itu menjadi tugas bersama," tegas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!