England miliki karakter di Qatar

Southgate (tengah) berdepan satu lagi ujian besar dalam kariernya apabila membimbing England menghadapi Piala Dunia 2022 di Qatar.
Southgate (tengah) berdepan satu lagi ujian besar dalam kariernya apabila membimbing England menghadapi Piala Dunia 2022 di Qatar.
A
A
A

NAIB juara Euro 2020, England tetap dilihat berada dalam momentum dan prestasi terbaik untuk mengakhiri kemarau kejuaraan utama biarpun mengalami beberapa keputusan kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Biarpun mengakui England 'jauh' daripada pilihan memenangi Piala Dunia 2022, penyerang, Jesse Lingard tetap percaya pengendali The Three Lions, Gareth Southgate memiliki aura tersendiri.

“Ya, prestasi England mungkin bukan yang terbaik sejak kebelakangan ini dan kami tidak layak dilabel pasukan pilihan untuk memenangi Piala Dunia kali ini.

“Tetapi saya lihat kombinasi pengalaman dan pemain muda dalam pasukan England merupakan kunci dalam merealisasikan impian itu.

“Gabungan pemain seperti kumpulan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan Euro 2020 bersama-sama bintang yang sedang meningkat naik, ini petanda positif,” katanya.

England akan membuka tirai kempen Piala Dunia 2022 menentang Iran dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha pada Isnin.

Perlawanan itu merupakan permulaan langkah misi Three Lions mengakhiri kemarau kejuaraan sejak kali terakhir Bobby Moore mengetuai England menjulang Piala Dunia pada 1966.

Lingard berkata, England juga mampu menjadi kuasa utama di Qatar sekiranya barisan pemain bermain dengan sepenuh potensi mereka.

Artikel Berkaitan:

“Keluar daripada peringkat kumpulan adalah halangan pertama dan ia tidak semestinya semudah seperti diandaikan segelintir pihak

“Kumpulan B adalah satu-satunya kumpulan di mana keempat-empat negara, England, Amerika Syarikat, Iran dan Wales, kini berada dalam kedudukan 20 teratas dalam ranking dunia.

“Tetapi saya yakin Southgate mempunyai rancangan, seperti yang dia lakukan ketika kami mara ke separuh akhir Piala Dunia empat tahun lalu dan saya yakin dengan itu,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!