Kedai jadi rumah kongsi terbakar

Anggota bomba dan penyelamat mengawal kebakaran di premis yang dijadikan rumah kongsi dalam kejadian di ibu negara, awal pagi tadi.
Anggota bomba dan penyelamat mengawal kebakaran di premis yang dijadikan rumah kongsi dalam kejadian di ibu negara, awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah premis kedai yang dijadikan rumah kongsi musnah dalam kebakaran berlaku awal pagi tadi.

Komander Operasi, Mohd Fadzlil Jamaludin berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.53 pagi sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan dan Sentul dihantar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, 13 anggota terlibat dalam operasi berkenaan.

Anggota bomba dan penyelamat mengawal kebakaran di premis yang dijadikan rumah kongsi dalam kejadian di ibu negara, awal pagi tadi.
Anggota bomba dan penyelamat mengawal kebakaran di premis yang dijadikan rumah kongsi dalam kejadian di ibu negara, awal pagi tadi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan kedai yang dijadikan rumah kongsi di tingkat 1.

“Keluasan kebakaran 20 x 19 kaki persegi dan di anggarkan terbakar 100 peratus. Kebakaran dapat dikawal pada jam 5.34 pagi," katanya,

Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!