Kane mahu pecah rekod Rooney penjaring terbanyak England
PENYERANG England, Harry Kane tekad mahu memecahkan rekod Wayne Rooney sebagai penjaring terbanyak di Piala Dunia Qatar 2022 secepat mungkin.
Kane yang kini berada dalam prestasi cemerlang bersama Spurs pada musim ini bagaimanapun mengakui fokus utamanya kini adalah untuk membantu England untuk mara lebih jauh pada edisi kali ini.
“Ia adalah satu perkara yang hebat sekiranya saya berjaya mencapainya (memecahkan rekod jaringan Rooney). Sebagai penyerang saya akan dinilai berdasarkan gol.
Bagaimanapun apa paling penting ketika ini ialah untuk memberikan aksi yang terbaik untuk pasukan sama ada menjaringkan gol, membantu mencipta jaringan, ataupun bertahan. Saya bersedia melakukan apa yang perlu untuk menang.
“Saya akan cuba untuk tidak memikirkan perkara seperti kasut emas kerana perkara paling penting ialah cuba memenangi Piala Dunia, itulah tumpuan kami. Ia adalah jalan yang sukar di hadapan tetapi tumpuan kami teraha kepada perkara tersebut,”katanya.
Untuk rekod, Kane kini berada di kedudukan kedua penjaring terbanyak sepanjang zaman England dengan hanya ketinggalan dua gol di belakang Rooney, selepas memenangi anugerah kasut emas pada Piala Dunia 2018.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!