Umat Islam perlu main peranan isu pelarian

adg
adg
A
A
A
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Umat Islam perlu memainkan peranan dalam menangani isu pelarian yang melibatkan sebahagian besar Muslim dari beberapa negara seperti Syria.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu pelarian melibatkan orang Islam bermula sejak zaman penjajahan yang dikuasai pihak barat dan sengaja mewujudkan konflik dalam negara Islam.

"Sepatutnya pelarian ini ditangani umat Islam sendiri, apatah lagi ALLAH kurniakan umat Islam hasil bumi melimpah, kawasan pertanian yang luas dan sebagainya. Kita juga banyak pakar yang berkhidmat di negara barat. Kenapa tak dimanfaatkan?," soalnya dalam program Bicara Minda bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, Tan Sri Johan Jaaffar tentang pelarian yang sebahagian besarnya adalah umat Islam yang kemudiannya berlindung di negara seperti Eropah.

Walaupun negara-negara hari ini terbentuk dari hasil percaturab kuasa-kuasa barat, namun katanya, orang Islam perlu bermuhasabah diri dan tidak bergantung kepada orang lain dalam membina kekuatan sendiri.
Artikel Berkaitan:


"Kalau negara Eropah yang tiada hasil boleh buat Kesatuan Eropah, kenapa kita tak boleh buat kesatuan kita?," soalnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!