Pemuda kulit putih lepas tembakan di kelab gay

Polis mengepung lokasi kejadian di Colorado Springs. - Foto Agensi
Polis mengepung lokasi kejadian di Colorado Springs. - Foto Agensi
A
A
A

DENVER - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) di negeri Colorado belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tembakan di sebuah bar untuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) Colorado Springs pada malam Sabtu sama ada ia ada kaitan dengan pengganas.

Ketua Polis Colorado, Adrian Vasquez memaklumkan bahawa suspek utama dikenal pasti sebagai Anderson Lee Aldric, 22, dan setakat ini serangan diklasifikasikan sebagai jenayah kebencian.

Tambah Vaques, dalam kejadian itu, tindakan suspek berjaya dihalang oleh dua pengunjung bar sekali gus mengelak jumlah kematian lebih tinggi.

"Mujur ada dua pengunjung yang berani melawan dan menghentikannya daripada terus membunuh dan melepaskan tembakan," ujar Vasques.

Tahun lalu, Aldrich ditahan pihak berkuasa kerana membuat beberapa ugutan bom dan enggan menyerah diri kepada polis.

Insiden di Colorado Springs itu adalah yang terbaharu menyasarkan lokasi tumpuan LGBTQ di AS selepas serangan di sebuah kelab gay yang meragut 50 nyawa di Orlando, Florida pada 2016.

Dalam serangan itu, media dan pihak berkuasa AS pantas melabelkan penyerang Omar Mateen yang beragama Islam sebagai pengganas domestik.

Pada 2016, sebanyak 13 insiden tembakan rambang direkodkan di seluruh AS dengan sebahagian besar penyerang adalah berkulit putih, namun tiada seorang pun daripada mereka dilabel sebagai pengganas. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!