Parlimen gantung, rakyat perlu kekal tenang

Parlimen gantung adalah senario normal dalam sistem demokrasi berparlimen.
Parlimen gantung adalah senario normal dalam sistem demokrasi berparlimen.
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat diminta untuk kekal bertenang untuk menjalani situasi Parlimen yang tergantung dan dalam tempoh kompromi gabungan dilaksanakan oleh parti-parti politik.

Bekas Gabungan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governan dan Anti Rasuah menerusi kenyataan pada Isnin berkata, Parlimen gantung adalah senario normal dalam sistem demokrasi berparlimen dan telah ditangani dengan baik oleh negara-negara lain.

Menurutnya, rakyat perlu yakin terhadap kematangan kepimpinan yang dipilih, mampu mencapai kata sepakat bagi membentuk kerajaan yang berfungsi demi kesejahteraan masyarakat.

"Sekalipun terdapat pelbagai spekulasi yang berlaku dalam tempoh ini, sebagai rakyat Malaysia kita harus meneliti dan memahami intipati Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan penentuan kerajaan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan hasil rundingan parti-parti politik berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar kenyataan itu, sebagai gabungan yang sebelum ini mewakili Kumpulan Rentas Parlimen Malaysia–Integriti, Governan dan Anti Rasuah, mereka percaya pemilihan yang membawa kepada situasi hari ini membuktikan rakyat mempunyai pendirian berbeza dan matang dalam membuat pemilihan yang tepat.

Jelasnya, perbezaan itu bukanlah lambang ketidakstabilan, bahkan ia adalah situasi luar jangka yang membawa rakyat mengenali keunikan demokrasi.

"Bagaimanapun, ia merupakan keperluan mendesak untuk resolusi dicapai dan sebuah kerajaan dapat ditubuhkan dengan cepat tetapi penuh cermat kerana dasar berkaitan governan, integriti, ekonomi, sosial dan belanjawan yang melibatkan kepentingan rakyat harus tetap menjadi keutamaan serta dilangsungkan segera.

"Oleh itu, kerajaan baharu yang ditubuhkan nanti harus benar-benar berprestasi, berkhidmat demi rakyat dan mendokong mandat perubahan untuk Malaysia yang lebih teguh dan bermaruah," katanya.

Artikel Berkaitan:

KRPPM dianggotai oleh antaranya Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub; bekas Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Mohamed Arshad Raji;

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) dan Undi18.









Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!