Banjir di Kelantan semakin pulih
RANTAU PANJANG - Banjir di Kelantan semakin pulih apabila hanya 30 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), pada Isnin.
Ia melibatkan enam keluarga yang terpaksa kekal di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh disebabkan banjir termenung.
Sementara itu, paras air Sungai Golok di sini juga kembali berada pada paras normal iaitu 6.94 meter.
Mangsa banjir, Mek Yam Ahmad, 80, berkata, mereka sudah terbiasa menjadi orang terawal dan terlama berada di PPS.
"Cuaca baik tetapi air masih belum surut.
"Kami tidak sabar ingin pulang ke rumah kerana sudah 16 hari tinggal di PPS," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!