Gempa bumi 5.6 skala Ritchter gegar barat Indonesia

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

JAKARTA - Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan wilayah barat Indonesia di Jawa Barat pada Isnin dan gegaran kuat dirasai di Jakarta hingga mencetuskan panik, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

Gempa berlaku pada 13.21 waktu tempatan (0621 GMT) dengan pusat gempa terletak 10 kilometer (km) dari barat daya daerah Cianjur di wilayah Jawa Barat dengan kedalaman 10 km, menurut agensi itu.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak mencetuskan tsunami.

Gegaran kuat yang dirasai di Jakarta menyebabkan penduduk bergegas keluar dari rumah dan bangunan.

Tinjauan Geologi AS memaklumkan gempa bumi dengan pusat gempa ditentukan pada 6.8398 darjah selatan dan 107.1073 darjah timur. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!