PRU15: Lebih 50 peratus netizen mahu PN bentuk kerajaan

Tinjauan pendapat di Instagram Sinar Harian mendapati sebanyak 66 peratus atau 5,964 pengguna bersetuju sekiranya gabungan yang dipimpin Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diberi mandat mengemudi negara.
Tinjauan pendapat di Instagram Sinar Harian mendapati sebanyak 66 peratus atau 5,964 pengguna bersetuju sekiranya gabungan yang dipimpin Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diberi mandat mengemudi negara.
A
A
A

SHAH ALAM - Rata-rata pengguna media sosial mahu Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berdasarkan tinjauan pendapat di laman sosial Instagram Sinar Harian pada Isnin, sebanyak 66 peratus atau 5,964 pengguna bersetuju sekiranya gabungan yang dipimpin Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diberi mandat mengemudi negara.

Selain itu dalam tinjauan sama, 34 peratus atau 3,086 pengguna aplikasi tersebut berpendapat Pakatan Harapan (PH) perlu diberi peluang menjadi kerajaan.

Sementara itu di laman Twitter @SinarOnline, 62.5 peratus daripada 2,720 pemilik akaun berpendapat, PH akan berjaya membentuk kerajaan manakala 37.5 peratus berpendapat sebaliknya.

Tinjauan pendapat di laman Twitter @SinarOnline.
Tinjauan pendapat di laman Twitter @SinarOnline.

Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, tiada mana-mana parti politik memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada PRU15 untuk membentuk kerajaan.

PH memenangi 82 manakala PN meraih 72 kerusi; Barisan Nasional (BN) dengan 30 kerusi; Gabungan Parti Sarawak (22); Gabungan Rakyat Sabah (enam); Parti Warisan (tiga); Parti Bangsa Malaysia (satu); Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (satu) selain dua kerusi menerusi dua calon Bebas.

Artikel Berkaitan:



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!