Anwar kembali ke kediaman setelah selesai bertemu pemimpin BN

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari kediamannya di Sungai Long. - Foto Bernama
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari kediamannya di Sungai Long. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediamannya selepas selesai mengadakan pertemuan dengan barisan pemimpin BN di Hotel Seri Pacific, pada Isnin.

Kenderaan membawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memasuki pekarangan kediaman peribadi beliau pada jam 4 petang.

Menerusi sidang akhbar yang dibuat sejurus selesai perbincangan, Anwar mengesahkan beliau merupakan calon tunggal Perdana Menteri membabitkan rundingan bersama dengan BN.

Beliau berkata, BN tidak mencadangkan nama lain dalam perbincangannya bersama gabungan itu.

Antara yang dilihat hadir termasuk Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Anwar turut memaklumkan perbincangan awal bersama kepimpinan BN hanya menyentuh mengenai kepentingan menubuhkan kerajaan yang stabil.

Tegasnya, tiada syarat yang tidak masuk akal diletakkan oleh BN dalam mendapatkan sokongan bagi membentuk kerajaan.

Sebelum ini, dimaklumkan Ahli Parlimen BN akan menghantar akuan bersumpah (SD) berkaitan sokongan pembentukan kerajaan baharu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun pada jam 2 petang.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berharap Azhar dapat melanjutkan jangka masa waktu berkenaan.



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!