Polis pantau lokasi tumpuan proses pembentukan kerajaan

Noor Dellhan
Noor Dellhan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memantau dan menjalankan tugas kawalan keselamatan di lokasi yang menjadi tumpuan bagi proses pembentukan kerajaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, antara lokasi yang dipantau pihaknya adalah Pusat Dagangan Dunia (WTC) serta Hotel Seri Pacific di mana ia di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

"Pihak polis sentiasa memantau dan menjalankan tugas kawalan keselamatan di semua lokasi yang menjadi tumpuan ramai berikutan daripada proses pembentukan kerajaan.

"Khususnya adalah lokasi di bawah pentadbiran IPD Dang Wangi," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Noor Dellhan berkata, pemantauan dan kawalan ini bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa berada pada tahap yang baik.

Katanya, polis sentiasa berada dalam keadaan siap siaga pada setiap masa.

Pada Isnin, kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan BN semakin bertiup kencang apabila pemimpin kedua-dua gabungan itu dikatakan mengadakan perjumpaan di Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur.

Sebelum itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan berkata, UMNO dijadual akan mengadakan dua mesyuarat penting pada Ahad di WTC.

Artikel Berkaitan:

Pada Ahad, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan gabungan PH berjaya memenangi sebanyak 82 kerusi di Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Gabungan Perikatan Nasional (PN) pula menang sebanyak 73 kerusi Parlimen manakala BN berjaya meraih sejumlah 30 kerusi Parlimen.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!