Amaran hujan berterusan di tiga negeri bermula esok

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada Isnin mengeluarkan amaran hujan berterusan di tiga negeri di utara bermula esok hingga Rabu.

Menurut kenyataan MetMalaysia, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!