England terlalu kuat buat Iran

Rashford antara pencetak gol England dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 menentang Iran di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha pada Isnin. - Foto Agensi
Rashford antara pencetak gol England dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 menentang Iran di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha pada Isnin. - Foto Agensi
A
A
A

NAIB juara Euro, England melaungkan amaran awal The Three Lions sudah bersedia mencabar kejuaraan Piala Dunia apabila membelasah Iran, 6-2 dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha pada Isnin.

Three Lions tampil ke Qatar 2022 untuk meneruskan prestasi hebat dalam kejuaraan utama di bawah Gareth Southgate, setelah mara ke separuh akhir pada 2018 sebelum menamatkan saingan sebagai naib juara Euro 2020.

Biarpun begitu anak buah Southgate turun berdepan Iran dengan rekod enam perlawanan tanpa kemenangan - tiga seri, tiga tewas - selepas menikmati kempen kelayakan tanpa kalah sebelum itu.

Southgate membuat empat pertukaran kepada pasukan yang memulakan perlawanan terakhir England menentang Jerman dengan Jordan Pickford bermula di gawang, Kieran Trippier, Bukayo Saka dan Mason Mount juga membarisi kesebelasan utama pasukan.

Sementara itu, Nick Pope, Phil Foden dan Eric Dier bermula di bangku simpanan, begitu juga Kyle Walker, yang masih berusaha pulih daripada kecederaan pangkal paha.

Sementara itu, Iran kendalian Carlos Queiroz pula beraksi dalam kejuaraan ini untuk kali ketiga berturut-turut 2014, 2018 dan 2022 dengan tiga lagi penampilan berbeza dari edisi 1978, 1998 dan 2006.

Biarpun begitu Team Melli tidak pernah berjaya keluar dari peringkat kumpulan, namun mara ke pusingan akhir tanpa kalah dalam tiga perlawanan terakhir semua kejuaraan.

Pada perlawanan ini Quieroz membuat lapan pertukaran daripada perlawanan persahabatan terakhir menentang Nicaragua, dengan hanya Alireza Beiranvand, Morteza Pouraliganji dan Rouzbeh Cheshmi mengekalkan posisi masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Mehdi Taremi, yang terlibat dalam enam gol semasa kelayakan, mengetuai barisan penyudah manakala Sardar Azmoun pula sekadar cukup cergas untuk duduk di bangku simpanan selepas mengalami kecederaan betis.

England bermula garang apabila agresif mengasak benteng Iran yang menyaksikan Beiranvand terpaksa bekerja keras dipacu barisan pertahanan diketuai Majid Hosseini.

Namun asakan Three Lions menyaksikan Alireza terpaksa dikeluarkan bagi digantikan pada minit ke-19, dengan

Hosseini selepas penjaga gol itu berlaga dengan Majid.

England mengambil sepenuh kesempatan kemasukan Hossein apabila meledak tiga gol dijanakan Jude Bellingham (35'), Saka (43') dan Raheem Sterling (46') bagi memimpin babak pertama 3-0.

Separuh masa kedua, England tidak menunggu lama melebar jaringan menerusi Saka pada minit ke-62', sebelum Taremi mengurangkan defisit di minit ke-65', namun Marcus Rashford yang menggantikan Saka di minit ke-71 tampil meledak gol kelima pasukannya beberapa saat kemudian.

Jack Grealish yang menggantikan Sterling pada minit ke-71', tampil menjaringkan gol keenam England sebelum Iran merapatkan kedudukan selepas Taremi menyempurnakan sepakan penalti pada minit-103'.

Perlawanan selepas ini Iran akan berdepan Wales di Stadium Al Rayyan pada 25 November manakala England menentang Amerika Syarikat di Stadium Al Bayt pada 26 November.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!