Potong barisan yang dihalalkan ketika mengundi

Pengundi beratur untuk membuang undi pada PRU15, Sabtu lalu. - Foto Bernama
Pengundi beratur untuk membuang undi pada PRU15, Sabtu lalu. - Foto Bernama
A
A
A

SEMALAM genaplah tujuh hari Merak Jalanan menghabiskan kuarantin di rumah kerana disahkan positif Covid-19.

Walaupun sudah lengkap dos vaksin dan booster, ini adalah kali ketiga Merak Jalanan dihinggapi penyakit yang mengejutkan dunia sejak dua tahun lalu.

Kali pertama ketika disahkan positif sewaktu pandemik itu julung-julung kali menyerang Malaysia, tiada langsung simptom yang dialami.

Berbeza dengan kali kedua, Merak Jalanan sedikit terkesan apabila mengalami demam, sakit kepala dan hilang deria rasa.

Kali ketiga pula mengalami simptom sakit kepala dan lemah anggota badan sepanjang tempoh kuarantin.

Alhamdulillah, Merak Jalanan bersyukur kerana apa yang dihidap tidak melarat hingga sesak nafas atau perlu masuk wad hospital.

Di sebalik segala dugaan, rupa-rupanya menjadi pesakit Covid-19 ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah satu kelebihan.

Pada hari pengundian Sabtu lalu, ramai kawan Merak Jalanan yang mengeluh terpaksa beratur panjang untuk membuang undi.

Artikel Berkaitan:

Mereka tidak sangka terpaksa beratur di bawah panas terik matahari dengan lingkaran barisan yang berlapis-lapis disebabkan ramai yang mahu membuang undi.

Merak Jalanan pula apabila sampai sahaja di pintu masuk, terus maklumkan mengenai status positif dan dibawa terus ke bilik memangkah undi.

Ketika sedang memotong barisan yang panjang sambil diiringi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tiada seorang pun yang membantah.

Malah semuanya cuba menjauhkan diri daripada Merak Jalanan, mungkin bimbang akan dijangkiti walaupun pandemik itu tidak lagi ditakuti seperti sebelum ini.

Seumur hidup Merak Jalanan, itulah proses pengundian paling singkat pernah dilalui dan potong barisan yang tidak menimbulkan rasa kurang senang orang lain. Dalam setiap musibah, ada hikmahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!