Gabungan kerajaan baharu Perak lebih progresif, dinamik
Muhaimin
A
A
A
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Dr Muhaimin Sulam berkata, situasi politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan ketiadaan parti di Perak yang boleh membentuk kerajaan tanpa kerjasama dengan parti-parti lain memerlukan keputusan segera dan tepat demi kestabilan serta kemakmuran negeri.
Jelasnya yang menyokong pembentukan kerajaan baharu Perak, ia turut bagi memastikan kerajaan negeri menampilkan kepimpinan yang mempunyai komposisi kaum rakyat Perak.
"Gabungan ini dapat meredakan ketegangan politik perkauman yang akan membakar kerukunan bernegara.
"Keadaan ini boleh menarik pelabur asing ke negeri Perak sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi yang menguncup.
"Pas dan Bersatu pernah memulakan gabungan tersebut tetapi gagal pada akhirnya. Kita tidak tahu bagaimana jika BN dan PH melakukannya. Ia akan mencetuskan satu pembaharuan dalam politik negara.
"BN dan PH perlu berani dan belajar daripada pengalaman lalu," katanya kepada Sinar Harian.
Pada Ahad, cadangan Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Norali Nordin supaya dibentuk kerajaan negeri antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) wajar disokong kemungkinannya.
Kenyataan itu berjaya direalisasikan BN dan PH yang bersetuju untuk mengadakan kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri Perak.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada petang Isnin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!