Mayat mangsa lemas ditemui

Selepas hilang sejak Rabu, mangsa ditemui terapung kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung. - Foto Bomba Pahang. (Gambar kecil: Mohd Badli Izam)
Selepas hilang sejak Rabu, mangsa ditemui terapung kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung. - Foto Bomba Pahang. (Gambar kecil: Mohd Badli Izam)
A
A
A

TEMERLOH - Mayat seorang lelaki yang hilang sejak empat hari lalu selepas dipercayai lemas di Sungai Semantan dekat Kampung Gantuk, Mentakab ditemui pagi tadi.

Mangsa, Mohd Badli Izam Said Mohamad, 31 dijumpai terapung kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung pada jam 9.30 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Nor Hisham Mohammad memberitahu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilakukan sepanjang sungai itu hingga ke Jambatan Temerloh.

Mayat mangsa yang ditemui terapung tiga kilometer dari lokasi kejadian. - Foto Bomba Pahang
Mayat mangsa yang ditemui terapung tiga kilometer dari lokasi kejadian. - Foto Bomba Pahang

Menurutnya, pencarian menggunakan kaedah pencarian di permukaan dan selaman.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan," katanya lagi operasi ditamatkan pada jam 11 pagi tadi.

Sebelum ini pada Rabu lalu kira-kira jam 7.40 malam itu,mangsa dikatakan gagal menyeberang ke tebing sungai dan tenggelam di tengah sungai itu selepas gagal diselamatkan oleh rakannya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!