RUU355: Ada ahli politik cemburu?

Abdul Hadi Awang - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Abdul Hadi Awang - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa ada ahli politik yang cemburu dalam membawa Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU355).

Menurutnya, perbincangan sudah pun berlaku antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat yang ditadbir BN ketika itu.

Namun apabila mahu dibawa ke Parlimen menurutnya ada ahli politik yang cemburu.

"Kita kena sedar nak luluskan undang-undang, bukan sahaja melalui politik tapi juga melalui perbincangan.

"Perbincangan telah berjalan antara Kelantan dan Pusat. Apabila nak dibawa ke Parlimen kita dapati ada ahli politik yang cemburu kerana bimbang cara itu akan menjadi pilihan rakyat," katanya pada Bicara Minda di Kompleks Media Karangkraf, hari ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!