'Rundingan bentuk kerajaan baharu tak perlu libatkan Zahid'

Tangkap layar kenyataan dimuat naik Khairy Jamaluddin di Facebook
Tangkap layar kenyataan dimuat naik Khairy Jamaluddin di Facebook
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy berkata, Ahmad Zahid tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden UMNO dan diminta berundur segera.

"Beliau mungkin Presiden atas nama tetapi beliau tidak mempunyai kuasa moral lagi untuk membuat keputusan bagi pihak UMNO," katanya di Facebook pada Selasa.

Khairy pada Ahad menggesa Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur selepas prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengambil contoh kekalahan dalam peperangan, Khairy berkata, panglima besar mesti bermaruah untuk mengambil tanggungjawab.

Dalam PRU15 pada Sabtu lalu, BN berjaya memenangi 30 kerusi Parlimen dan dianggap sebagai prestasi paling buruk dalam sejarah.

Mengulas mengenai kenapa baharu sekarang bersuara tentang perkara itu, Khairy menjelaskan beliau pernah mencabar Ahmad Zahid Hamidi dalam pemilihan parti pada tahun 2018 untuk jawatan Presiden.

"Pada tahun 2018 saya lawan Zahid untuk Presiden UMNO. Lepas itu banyak kali cakap dia kena beri laluan.

Artikel Berkaitan:

"Mengenai soal 'kau kalah tak payah komen', saya masih ahli UMNO dan ahli UMNO ada hak bersuara," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!