Giroud menyamai rekod Henry penjaring terbanyak Perancis

Giroud meraikan jaringannya ketika bantu Perancis tewaskan Australia. - Foto EPA
Giroud meraikan jaringannya ketika bantu Perancis tewaskan Australia. - Foto EPA
A
A
A

OLIVIER Giroud berjaya menyamai rekod penjaring terbanyak Perancis yang dilakar Thierry Henry sebelum ini apabila menjaringkan dua gol ketika membantu juara bertahan Piala Dunia menang bergaya, 4-1 dalam Kumpulan D menentang Australia, pada Rabu.

Pada aksi yang berlangsung di Al Janoub Stadium, Giroud berjaya menghasilkan jaringan pada kedua-dua babak untuk meraih gol ke-51 bersama Les Bleus.

Selain Giroud, turut mencetak nama sebagai penyaring pada perlawanan tersebut ialah Adrien Rabiot yang berjaya menyamakan kedudukan selepas gol pembukaan mengejutkan Craig Goodwin, selain jaringan Kylian Mbappe pada minit ke-68.

Untuk rekod, Perancis adalah juara bertahan pertama memenangi perlawanan pembukaan mereka sejak Brazil pada 2006, sekali gus meletakkan mereka dalam kedudukan yang baik untuk mara dari ke pusingan kalah mati.

Perancis, yang kehilangan pertahanan Lucas Hernandez akibat kecederaan lutut pada aksi tersebut kini memimpin kumpulan D dengan mengutip mata di belakang Tunisia dan Denmark yang seri tanpa jaringan dalam satu lagi aksi sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!