SJR di seluruh negara sebagai langkah siap siaga, kata KPN

Acryl Sani
Acryl Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara secara penugasan 24 jam bermula Selasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, langkah mendirikan SJR itu adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap 'omnipresence' bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

"Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak pada siang hari," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Acryl Sani berkata, orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR, terutama di luar waktu puncak.

"Masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal," ujarnya.


Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!