KSN tiba di Istana Negara
SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali tiba di Istana Negara, di sini, kira-kira jam 10.13 pagi tadi.
Beliau dilihat masuk melalui Pintu 2, Istana Negara dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam.
Seramai 30 ahli Parlimen BN dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, sesi mengadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi.
Katanya, proses itu bertujuan supaya baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!