Keputusan PRU15 belum diwartakan

Mesyuarat khas urusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah akan diadakan esok, 20 Oktober di Menara Suruhanjaya Pilihan Raya, Putrajaya.- Foto Bernama
Mesyuarat khas urusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah akan diadakan esok, 20 Oktober di Menara Suruhanjaya Pilihan Raya, Putrajaya.- Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih belum diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan proses pengundian P017 Padang Serai masih berjalan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook SPR pada Rabu menjelaskan sebarang keraian berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan mengikut Akta Pilihan Raya 1957.

"Urusan PRU15 belum selesai sepenuhnya ya. Jangan lupa Parlimen Padang Serai masih belum selesai. Jadi ia bermaksud SPR tidak boleh wartakan lagi keputusan PRU15.

"Kalau hendak buat makan-makan, kenduri kendara, biarlah selesai (PRU15) dahulu," kata petugas SPR di dalam rakaman tersebut.

Proses pilihan raya P017 Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Disember depan susulan kematian salah seorang calon yang bertanding.

Calon PH Padang Serai, M Karupaiya, 69, dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Kulim, Kedah pada jam 2.27 petang Rabu minggu lalu.

Turut ditangguhkan kepada tarikh sama, proses pengundian Dewan Undangan Negeri (DUN) N42 Tioman kerana calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli meninggal dunia di Hospital Rompin, beberapa jam sebelum proses pengundian, Sabtu lalu.

PRU15 yang berlangsung 19 November lalu menyaksikan tiada parti politik memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Artikel Berkaitan:

Pakatan Harapan (PH) memperoleh 76 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (PN) memperoleh 51 kerusi, BN (30), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (23), Pas (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), DAP (lima) dan Warisan (tiga).

Muda dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) masing-masing memperoleh satu kerusi Parlimen manakala Bebas dua.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!