Sidang DUN: Keluasan HSK di Selangor lebih 240, 000 hektar

Hee Loy Sian
Hee Loy Sian
A
A
A

SHAH ALAM - Keseluruhan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor sehingga kini adalah berjumlah 250,250.33 hektar atau bersamaan dengan 31.65 peratus daripada keseluruhan negeri Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, keluasan itu termasuk dengan pewartaan tiga HSK pada 2021.

Menurutnya, tiga HSK berkenaan adalah Hutan Simpan Sungai Panjang, Mukim Sungai Panjang di Sabak Bernam seluas 308.62 hektar (762.29 ekar) melalui kenyataan siar warta G.N. 1811-2021 (PW 3021).

Selain itu, Hutan Simpan Buloh Telor Barat, Mukim Buloh Telor, di Hulu Selangor seluas 149.96 hektar (370.57 ekar) melalui kenyataan siar warta G.N. 1812-2021 (PW 3020) dan Hutan Simpan Buloh Telor Timur, Mukim Buloh Telor, di Hulu Selangor seluas 57.18 hektar (141.23 ekar).

"Ketiga-tiga kawasan tersebut telah selesai diwartakan sebagai HSK pada 12 Ogos 2021. Pewartaan ini dilaksanakan di bawah Seksyen 7, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985," katanya.

Loy Sian menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong berhubung status terkini tiga HSK berkenaan dan peratus keluasan HSK di negeri Selangor.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!