PRU15: Pemuda Melaka sokong cadangan kerajaan perpaduan

Fairul Nizam
Fairul Nizam
A
A
A

MELAKA - Pemuda UMNO Melaka menyokong cadangan yang dikemukakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa parti yang memenangi kerusi terbanyak harus bergabung membentuk kerajaan perpaduan.

Ketuanya, Fairul Nizam Roslan berkata, Pengerusi Perikatan Nasional seharusnya menghormati cadangan bukan mengingkari dengan membuat kenyataan kepada media menunjukkan sikap biadapnya kepada Istana.

Menurutnya, BN akan terus menjadi pembangkang dan mendukung tinggi institusi Raja Berperlembagaan biarpun berasa sedih di atas kekalahan terburuk BN terutama di Melaka.

"Kita semua wajar memiliki penuh keyakinan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

"Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara akan melaksanakan peranan dan kuasa Baginda sebaiknya berlandaskan apa yang tertakluk di dalam Perlembagaan serta mengambil kira segala sudut pertimbangan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, Pemuda Melaka mengajak semua rakyat Malaysia untuk berdoa dan memberi sepenuh keyakinan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyelesaikan kemelut ini dengan kebijaksanaan.

"Sekali gus membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat dan Negara," jelas beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!