Pemimpin GPS tinggalkan Istana Negara

Konvoi kenderaan yang membawa pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) meninggalkan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto Sinar Harian/ ROSLI TALIB

A
A
A

KUALA LUMPUR - Konvoi kenderaan yang membawa pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat meninggalkan Istana Negara selepas kira-kira 40 minit menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Datuk Seri Fadhillah Yusof antara beberapa pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dilihat memasuki Istana Negara pada jam 11.07 minit pagi.

Kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) yang membawa pemimpin Sarawak itu memasuki Istana negara melalui pintu dua.

Antara pemimpin GPS lain yang turut dipercayai masuk ke lokasi berkenaan adalah Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!