Pusat komuniti DUN sebagai pusat sehenti

Dr Wan Azizah menurunkan tandatangan pada plak disediakan sebagai simbolik perasmian Pusat Komuniti Dun Beserah sambil disaksikan Chean Chung (kiri), Saifuddin dan Fuziah, di sini, hari ini.
Dr Wan Azizah menurunkan tandatangan pada plak disediakan sebagai simbolik perasmian Pusat Komuniti Dun Beserah sambil disaksikan Chean Chung (kiri), Saifuddin dan Fuziah, di sini, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Pembukaan Pusat Komuniti DUN Beserah salah satu usaha PH khususnya PKR Indera Mahkota bekerja untuk memenuhi tuntutan permasalahan rakyat.

Pusat itu perlu berperanan sebagai pusat sehenti dalam menghubungkan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan kepada rakyat dengan lebih berkesan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, proses penyampaian dasar kerajaan perlu dilaksanakan dengan berkesan di peringkat Parlimen dan DUN, agar tiada kelompok masyarakat terpinggir daripada proses pembangunan negara.

Menurutnya, justeru petugas-petugas di pusat komuniti itu dan pusat seumpamanya yang lain harus bekerja rapat dengan agensi-agensi kementerian selain sentiasa hidupkan pusat itu dengan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti ilmiah dan santai.

“Usaha ini penting supaya kehadiran kita sebagai kerajaan baru di bawah PH dirasai penduduk setempat, jadi usaha yang lebih kreatif perlu untuk menghidupkan pusat khidmat kita ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pusat komuniti itu Taman PSJ, Sungai Karang Darat di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Fuziah Salleh dan ADUN Semambu, Lee Chean Chung.

Dr Wan Azizah berkata, beliau yakin wakil rakyat PH yang dipilih telah menjalankan kerja dan tanggungjawab mereka dengan baik bagaimanapun mereka perlu terus komited dalam membantu menyelesaikan permasalahan rakyat.

Artikel Berkaitan:

Dr Wan Azizah diiringi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Norhisham Mohamad, Saifuddin dan Chean Chung menyampaikan sijil penghargaan kepada adik Nik Intan Nabila Nik Fauzi Izani, 8 atas keberaniannya menyelamatkan adik berusia lapan bulan setelah rumah mereka di Batu Hitam di sini terbakar, Mac lalu.

“Ini adalah satu amanah yang perlu dipikul dan dilaksanakan dengan sehabis baik.

“Wakil rakyat kerajaan di negeri Pahang yang dikuasai pembangkang, perlu terus berusaha dalam memastikan, nasib setiap rakyat di negeri ini terbela khusus bagi kawasan yang dimenangi PH,” katanya.

Beliau berkata, kepercayaan yang telah diberikan para pengundi pada PRU14 perlulah dijaga dengan sebaiknya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!