'Segera adakan pemilihan UMNO'

Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani menggesa pemilihan UMNO diadakan segera.
Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani menggesa pemilihan UMNO diadakan segera.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani menggesa supaya pemilihan parti itu diadakan secepat mungkin.

Beliau berkata, pemilihan UMNO perlu diadakan seawal Januari atau Februari tahun depan.

"Kita (UMNO) ada tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Perlu diadakan sebelum puasa iaitu awal tahun," katanya kepada Sinar Harian.

Pada 29 Julai lalu, Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah meluluskan permohonan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti itu selepas PRU15.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya sebelum ini berkata, kelulusan itu diberikan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan perlembagaan UMNO.

“Ini bermakna pemilihan UMNO untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat dari enam bulan selepas PRU15 diadakan,” katanya.

Pada 19 Julai lalu, UMNO mengesahkan telah menyerahkan semua dokumen tambahan yang diminta RoS bagi permohonan pindaan perlembagaan parti itu.

Artikel Berkaitan:

UMNO sebelum ini membuat permohonan pindaan perlembagaan parti bagi menangguhkan pemilihan sehingga enam bulan selepas PRU15.

Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada RoS pada 17 Mei lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!