Australia janji bangkit lebih kuat

Pemain Australia, Mitchell Duke diasak tonggak Perancis, Dayot Upamecano dalam perlawanan Kumpulan D Piala Dunia 2022 di Stadium Al Janoub, Al-Wakrah. - Foto EPA
Pemain Australia, Mitchell Duke diasak tonggak Perancis, Dayot Upamecano dalam perlawanan Kumpulan D Piala Dunia 2022 di Stadium Al Janoub, Al-Wakrah. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Australia, Graham Arnold yakin The Socceroos akan bangkit lebih kuat selepas tewas 1-4 kepada penyandang juara Perancis dalam perlawanan Kumpulan D Piala Dunia 2022 di Stadium Al Janoub, Al-Wakrah pada Rabu.

Malah tegas Arnold, jaringan awal Craig Goodwin membuktikan pasukan dari Zon Asia tersebut sudah bersedia memberi saingan kepada Les Bleus kendalian Didier Deschamps tersebut.

"Pasukan ini telah membina kepercayaan dan tenaga serta tumpuan untuk kejuaraan ini. Sejak minggu lalu kami berada di kem, dan telah bekerja keras serta membina kepercayaan itu. Dan cara kami bermula berdepan Perancis, saya nampak keyakinan dalam diri setiap para pemain.

Namun pada penghujung perlawanan kualiti berpihak pasukan Perancis. Mereka adalah juara dunia sebelum ini atas sebab tertentu, namun secara keseluruhan para pemain telah melakukan segala yang mereka mampu dan itu sahaja yang saya boleh minta.

"Kami memulakan permainan dengan baik, nanun dihukum kerana kesilapan kami. Itu permainan sudah berlalu, sekarang ia mengenai kemenangan pada Sabtu, jadi kami perlu bersedia untuk perlawanan itu," katanya.

Pada perlawanan itu, Australia terlebih dulu di depan menerusi Craig Goodwin ('9'), sebelum Perancis bangkit hasil ledakan Adrien Rabiot ('27'), Olivier Giroud ('32', '71') dan Kylian Mbappe ('039').

Australia akan berdepan Tunisia dalam perlawanan kedua Kumpulan D di Stadium Al Janoub pada Sabtu.

Sementara itu, pemain tengah Australia, Aaron Mooy menyifatkan para pemain Australia telah memberikan aksi terbaik sepanjang perlawanan tersebut terutamanya ketika mengekang kebangkitan Perancis.

Artikel Berkaitan:

"Kami cuba untuk menjadi padat di bahagian tengah, namun Perancis menguasai bahagian tepi.

"Saya fikir tiga daripada gol adalah daripada hantaran lintang. Hantaran berkualiti, dan pergerakan cukup bersistematik, itulah sebabnya Perancis bertaraf dunia," katanya tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!