Mexico padu tapi kurang tajam

Gerardo Martino
Gerardo Martino
A
A
A

MEXICO menunjukkan intensiti tinggi, namun perlu lebih tajam di depan gawang selepas sekadar seri 0-0 berdepan Poland dalam perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2022 di Stadium 974, Ras Abu Aboud, Doha pada Rabu.

Pengendali Mexico, Gerardo Martino berkata, dia gembira The Tricolor menguasai penguasaan bola dalam perlawanan tersebut, sekali gus mengekang pergerakan jentera serangan Poland.

“Pada separuh masa pertama permainan ternyata milik kami, namun para pemain kurang tajam dalam melakukan tindakan penyudah di hadapan gol.

“Kami mempunyai tiga peluang pada separuh masa pertama, tetapi melakukan dengan sangat baik dalam intensiti dan mengawal tempo permainan dan juga berdisiplin memastikan Poland tidak akan melakukan serangan balas.

“Pada separuh masa kedua kami mempunyai lebih banyak peluang terpencil dengan Vega dan Chucky (Lozano) terutamanya, namun pada peringkat akhir gerakan kami hanya dapat mencari penyerang tengah kami.

"Ya, secara keseluruhannya kami kehilangan beberapa lagi ketepatan penyudah," kata Martino.

Untuk rekod, Mexico, yang tersingkir dalam pusingan 16 terakhir dalam tujuh penampilan Piala Dunia sebelum ini, mencipta 14 percubaan gol, namun hanya empat mengenai sasaran.

Anak buah Martino juga lebih menikmati penguasaan bola, namun tanpa Raul Jimenez mengetuai serangan, Henry Martin bergelut untuk menyudahkan peluang manakala Alexis Vega mempersiakan deretan peluang.

Artikel Berkaitan:

Pemain sayap Hirving Lozano pula pemain terbaik Mexico apabila menjana mencipta peluang dari bahagian kanan yang gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan jentera penyudah.

Keputusan seri menyaksikan Mexico dan Poland mengumpul satu mata, manakala Argentina di tangga tercorot selepas dikejutkan 1-2 pendahulu kumpulan Arab Saudi.

Mexico akan menentang Argentina pada pagi Ahad sebelum menentang Arab Saudi, 1 Disember.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!