Curi duit tabung masjid untuk tonton wayang

Dua remaja yang mencuri wang masjid ditahan. - Foto Ihsan PDRM
Dua remaja yang mencuri wang masjid ditahan. - Foto Ihsan PDRM
A
A
A

REMBAU - Dua remaja lelaki yang dipercayai mencuri wang tabung di Masjid Kariah Batu 17, Chembong di sini, kelmarin Anuar Bakri diberkas polis di Lukut, Port Dickson, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kedua-dua mereka berusia 13 tahun ditahan di Wisma Galilee, Jalan Seremban-Port Dickson, jam 2 petang.

Katanya, dua remaja itu berasal dari Taman Hastana Harmoni, Lukut dan Taman Pertama Chembong.

"Soal siasat ke atas suspek mendapati mereka mengaku mencuri wang berjumlah RM160 dari tabung masjid tersebut. Bagaimanapun wang itu dihabiskan termasuk digunakan untuk menonton wayang," katanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Terdahulu, media melaporkan dua remaja diburu polis apabila mencuri RM300 dalam tabung Masjid Kariah Batu 17, Chembong.

Anuar Bakri Abdul Salam memberitahu kejadian 11.30 pagi disedari kariah wanita berusia 60 tahun ketika mahu membersihkan bahagian dalam masjid.

Katanya, warga emas itu mendapati tabung yang diletakkan di ruang solat wanita dipecahkan dan wang sumbangan orang ramai dicuri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!