Fenomena air pasang besar di Muar

Anggota polis melakukan pemantauan di kawasan terjejas akibat air pasang besar di Parit Kedondong Laut dan Parit Jawa, Muar, pada Rabu.
Anggota polis melakukan pemantauan di kawasan terjejas akibat air pasang besar di Parit Kedondong Laut dan Parit Jawa, Muar, pada Rabu.
A
A
A

MUAR - Fenomena air pasang besar berlaku di Parit Kedondong Laut dan Parit Jawa di sini pada Rabu sehingga mengakibatkan banjir.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung air pasang besar pada jam 10 pagi Rabu selepas tular satu video berdurasi 43 saat dalam medai sosial.

"Video berkenaan memaparkan dakwaan beberapa kawasan sudah dinaiki air disebabkan banjir. Hasil pemantauan pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penghulu kampung mendapati kejadian berlaku di Parit Kedondong Laut dan Parit Jawa.

"Dua lokasi ini berada kira-kira 2 meter dari pantai. Pemantauan mendapati air naik kerana fenomena air pasang pada jam 8 pagi dan mula surut bermula jam 10 pagi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, tiada sebarang perpindahan penduduk yang terkesan akibat fenomena berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia, penumpuan angin dijangka berlaku di Semenanjung sehingga Khamis yang boleh mengakibatkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terutama di sebelah pagi.

"Pihak Polis dan APM sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi segala jua kejadian dan bencana serta memberi bantuan yang diperlukan," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!