588 gabungan NGO sokong pembentukan kerajaan perpaduan

Hassan (tengah) ketika bercakap kepada media di Ibu Pejabat UMNO pada malam Rabu.
Hassan (tengah) ketika bercakap kepada media di Ibu Pejabat UMNO pada malam Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 588 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Rabu mendesak semua ahli-ahli Parlimen yang menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyokong pembentukan kerajaan perpaduan.

Penaung Sekretariat NGO-NGO Bergabung dan Bersatu, Dr Hassan Hamzah berkata, semua ahli Parlimen perlu akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu kerajaan perpaduan dibentuk.

Menurutnya, Seri Paduka Baginda juga boleh mengisytiharkan darurat menerusi Perkara 150 seperti yang diperkatakan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.

"Ini bukan masanya politik kepartian bangsa atau wilayah sama ada wakil rakyat dari utara, selatan, Sabah dan Sarawak harus akur titah dan jangan politikkan titah Tuanku," katanya kepada media di Ibu Pejabat UMNO pada malam Rabu.

Hassan berkata, pihaknya akan menghantar memorandum ke Istana Negara pada Khamis bagi menyokong titah Seri Paduka Baginda bagi pembentukan kerajaan perpaduan.

Pada Selasa, Tengku Razaleigh berkata, Seri Paduka Baginda boleh mengisytiharkan darurat jika kesemua ketua gabungan parti yang meraih kerusi dalam PRU15 gagal mencari kata sepakat membentuk kerajaan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!