Mageran selamatkan krisis politik negara?

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang sudah berakhir empat hari lalu telah membawa ketidaktentuan kepada negara dengan Parlimen yang tergantung apabila masih tiada parti memperoleh majoriti mudah 112 untuk membentuk kerajaan.

Jika perkara ini berlanjutan, ia jelas akan memudaratkan ekonomi negara, para pelabur kemungkinan akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga kerajaan baharu dibentuk.

Susulan daripada itu, Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan untuk menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pada Khamis.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, perbincangan khas ini adalah bertujuan mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi membolehkan Seri Paduka Baginda membuat keputusan mengenai kebuntuan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Dalam masa sama, isu penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) ditimbulkan sekali gus dikaitkan dengan situasi negara pada hari ini.

Mageran dibentuk pada 15 Mei 1969 selepas perisytiharan darurat dan perintah berkurung dikenakan susulan kejadian rusuhan kaum 13 Mei yang tercetus selepas PRU pada tahun itu.

Mageran yang dibentuk pada 15 Mei 1969.
Mageran yang dibentuk pada 15 Mei 1969.

Ia berfungsi sebagai kerajaan sementara (interim) dan berusaha untuk memulihkan kedaulatan undang-undang dan membawa negara ke arah perdamaian nasional dan dibubarkan pada 1971.

Artikel Berkaitan:

Pada ketika itu, negara yang baharu sahaja mengadakan pilihan raya, belum ada Jemaah Menteri yang dilantik.

Oleh demikian, beberapa ahli Jemaah Menteri Tunku Abdul Rahman sebelum ini dilantik untuk berada dalam Mageran termasuk timbalannya, Abdul Razak Hussein, sebagai pengarah.

Persoalannya, pada tahun 2022 ini, wajarkah ia dilaksanakan.

Adakah Mageran merupakan satu-satunya cara penyelesaian dan dapat menyelamatkan negara daripada krisis politik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!