Enrique mahu pemain kekal konsisten

Pemain Sepanyol meraikan kejayaan mereka membelasah Vosta Rica dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia 2022. - Foto EPA
Pemain Sepanyol meraikan kejayaan mereka membelasah Vosta Rica dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia 2022. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Sepanyol, Luis Enrique yakin anak buahnya tidak akan terbuai dengan kejayaan membelasah Costa Rica pada aksi pertamanya di Piala Dunia Qatar 2022.

Malah bekas jurulatih Barcelona itu percaya, pemainnya akan kekal fokus dan konsisten pada perlawanan seterusnya terutama menentang Jerman, Ahad ini.

“Saya yakin pemain-pemain Sepanyol akan beraksi perlawanan seterusnya (menentang Jerman) dengan semangat sama atau lebih daripada itu.

Memang benar, pujian berlebihan boleh melemahkan dan melalaikan anda tetapi jangan bimbang dengan kumpulan pemain ini. Saya melihat mereka setiap hari.

“Ia tak akan berlaku kerana mungkin ada pertukaran pemain kerana mereka perlu bersaing dan bekerja keras. Mereka pemain yang sedia melakukannya dengan cara betul,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Sebelum ini, pada aksi Kumpulan E Piala Dunia yang berlangsung di Stadium Al Thumama awal pagi Khamis, Skuad La Roja berpesta gol apabila menewaskan Costa Rica 7-0.

Gol-gol Sepanyol dijaringkan Dani Olmo pada minit ke-11 diikuti Marco Assensio 10 minit kemudian dan Ferran Torrres memastikan kedudukan selesa buat Sepanyol pada babak rehat babak pertama.

Sepanyol terus mempamerkan aksi garang apabila menambah empat lagi gol pada babak kedua sekali lagi menerusi Torres, Gavi, Carlos Soles, dan Alvaro Morata.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Enrique mengakui dia agak terkejut dengan kekalahan 2-1 Jerman ke atas Jepun dalam aksi pembukaan kumpulan E.

“Agak mengejutkan tetapi ia perkara biasa dalam bola sepak. Jepun pasukan bagus, dinamik dan memiliki banyak kualiti.

“Kami akan berusaha menang menentang Jerman, tewaskan mereka dan itu misi kami selepas ini,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!