[LANGSUNG] Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan pada 10.30 pagi ini di Istana Negara sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merungkai kemelut pembentukan kerajaan.
KUALA LUMPUR - Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan pada 10.30 pagi ini di Istana Negara sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merungkai kemelut pembentukan kerajaan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin, berkata perbincangan khas itu bertujuan membolehkan Al-Sultan Abdullah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10.
Ahmad Fadli memaklumkan, semua proses yang dilaksanakan Al-Sultan Abdullah dalam memilih Perdana Menteri pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), adalah selaras Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Ikuti perkembangan lanjut bersama kami:
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!