Polis dirikan enam sekatan jalan raya di Istana Negara

Polis meningkatkan kawalan keselamatan di hadapan Pintu 2 Istana Negara, Kuala Lumpur.
Polis meningkatkan kawalan keselamatan di hadapan Pintu 2 Istana Negara, Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Enam sekatan jalan raya (SJR) didirikan di sekitar Istana Negara di sini bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam pada pasca Pilihan Raya Ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, enam SJR ini melibatkan kekuatan 632 pegawai dan anggota.

"Secara keseluruhan, Polis Kuala Lumpur telah melaksanakan 23 SJR di seluruh ibu negara dengan kekuatan 104 pegawai serta 1,336 anggota.

"Daripada jumlah itu, enam SJR ditempatkan di sekitar Istana Negara," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Polis meningkatkan kawalan keselamatan di hadapan Pintu 2 Istana Negara, Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Polis meningkatkan kawalan keselamatan di hadapan Pintu 2 Istana Negara, Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Tegas Azmi, orang ramai diingatkan untuk mematuhi arahan petugas dan sekiranya dikesan melakukan kesalahan, tindakan tegas akan diambil mengikut lunas undang-undang.

Pada Rabu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara secara penugasan 24 jam bermula Selasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, langkah mendirikan SJR itu adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap 'omnipresence' bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!