Gua Musang miliki 510 hektar durian musang king: Exco

Tuan Saripuddin Tuan Ismail. Foto Bernama.
Tuan Saripuddin Tuan Ismail. Foto Bernama.
A
A
A

KOTA BHARU - Jajahan Gua Musang di Kelantan memiliki keluasan 510 hektar tanaman durian Musang King yang diusahakan oleh usahawan tempatan secara berskala besar dan sederhana.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Tuan Saripuddin Tuan Ismail berkata, daripada jumlah itu di kawasan Lojing seluas 250 hektar tanaman durian diusahakan oleh Syarikat Sindiyan dan 120 hektar oleh Syarikat M7.

"Bagi kawasan lain di Gua Musang yang diusahakan usahawan berskala sederhana adalah seluas 50 hektar di kawasan Chiku, 30 hektar (Bertam), lima hektar (Renok) dan 55 hektar (Gua Musang)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim pada Khamis.

Katanya, pembukaan ladang ini memberi ruang dan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar khususnya dalam pengurusan ladang, pembersihan ladang, pembahagian dan tuaian hasil durian.

"Manfaat yang diterima oleh penduduk sekitar ialah peluang pekerjaan sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa," katanya. - Bernama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!