PRU15: Padang Serai kekal saingan enam penjuru

Dari kiri: Mohamad Sofee; Sivarraaj; Azman; Hamzah dan Sreanandha Rao ketika selesai proses penamaan calon Parlimen Padang Serai pada Khamis.
Dari kiri: Mohamad Sofee; Sivarraaj; Azman; Hamzah dan Sreanandha Rao ketika selesai proses penamaan calon Parlimen Padang Serai pada Khamis.
A
A
A

KULIM - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru kekal dengan hanya calon Pakatan Harapan (PH) menyertai proses penamaan calon pada Khamis.

PH menamakan peguam, Dr Mohamad Sofee Razak yang juga Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan Setiausaha PH Kedah sebagai calon.

Lima lagi calon yang kekal bertanding antaranya, Datuk C Sivarraajh (BN); Datuk Azman Nasrudin (PN), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Mohd Bakri Hashim (Warisan) dan Sreanandha Rao (Bebas).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah membuat pengumuman itu kira-kira jam 10.44 pagi selepas proses penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai di Kompleks Sukan Hi-Tech, Kulim selesai.

Bagaimanapun, calon Warisan dimaklumkan tidak hadir pada proses penamaan pada Khamis namun pencalonan beliau tetap diterima.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pengundian bagi Parlimen Padang Serai kepada 7 Disember depan selepas calon PKR, M Karupaiya meninggal dunia akibat serangan jantung pada 16 November iaitu tiga hari sebelum PRU15.

Karupaiya yang juga merupakan penyandang Parlimen Padang Serai menang pada PRU14 dengan majoriti 8,813 undi mengalahkan Dr Leong Yong Kong (MCA) dan Muhammad Sobri Osman (Pas).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!