Selesai masalah politik, Kelantan dapat air bersih

Persidangan Dewan Undangan Negeri (Belanjawan) ke-3 Penggal Kelima di Kota Darul Naim, Kota Bharu, pada Khamis.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (Belanjawan) ke-3 Penggal Kelima di Kota Darul Naim, Kota Bharu, pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - [KEMAS KINI] Kerajaan Kelantan menjelaskan projek bekalan air bersih di negeri ini berdepan kelewatan kerana belanja yang meningkat kepada RM7 bilion berbanding RM2 bilion sebelum ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kelewatan itu juga berkait rapat dengan peruntukan yang tidak diperoleh kerana permasalahan politik.

"Dalam tempoh 30 tahun ini sudah banyak usaha yang dibuat. Cuma masalah besar yang dihadapi adalah kekangan kewangan.

"Keperluan menyelesaikan air pada 2016, kita memerlukan RM2 bilion tetapi tidak diperoleh dan tahun 2022 ini mengikut anggaran peruntukan kewangan untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan ialah RM7 bilion yang sudah naik sebanyak RM5 billion," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Belanjawan) ke-3 Penggal Kelima di Kota Darul Naim, di sini, pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga (BN), Datuk Adhan Kechik yang mempersoalkan kegagalan dan langkah kerajaan negeri dalam melaksanakan misi-misi besar terhadap rakyat termasuk membabitkan isu air serta tebatan banjir.

Mohd Amar menambah, perlu ada usaha bersama yang lebih dan kerjasama erat antara kerajaan negeri serta Persekutuan untuk menyelesaikan isu itu.

"Kalau dapat kelulusan RM7 bilion ini, kami tidak boleh selesaikan masalah ini sehari atau dua hari, mesti memerlukan masa kerana masalah sudah 30 tahun bermula 1990.

"Ambil masa nak pulih tetapi tidaklah sampai 30 tahun, yang penting perbetulkan politik dalam kalangan kawan-kawan di semua parti supaya isu boleh selesai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau dalam pada itu turut tidak menganggap perkara itu sebagai kegagalan sebaliknya masalah yang terpaksa dihadapi dan sentiasa berusaha untuk menyelesaikannya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!