Tunggu keputusan Mesyuarat Khas Raja-Raja di rumah Muhyiddin
Difahamkan, mereka berkumpul di sana bagi menunggu keputusan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang diadakan di Istana Negara pada Khamis.
Antara pemimpin yang lihat hadir termasuk Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal meraikan petugas media yang berada di lokasi dengan menghantar pek nasi beriani sebanyak 30 bungkus sekitar jam 11.30 pagi.
Media yang berpanas turut dipasangkan dua khemah hasil inisiatif Ketua Penerangan Armada Malaysia, Ashraf Mustaqim.
Tandas bergerak turut disediakan bagi kemudahan petugas media.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!