Pulau Pinang percaya kemampuan Anwar pimpin negara

Kon Yeow (empat dari kiri) bersama beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Kerajaan Negeri di Bangunan DUN Pulau Pinang.
Kon Yeow (empat dari kiri) bersama beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Kerajaan Negeri di Bangunan DUN Pulau Pinang.
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan yang bakal dibentuk nanti sebagai satu pasukan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 dilihat dapat membangunkan Malaysia semula.

Kata beliau, pelantikan tersebut perlu diterima oleh semua rakyat dalam usaha untuk membangunkan semula negara.

Menurutnya, kerajaan negeri percaya dengan kemampuan Anwar untuk memimpin negara.

"Kerajaan negeri menyambut baik pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 setelah lima hari seluruh negara ingin melihat sebuah kerajaan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Negara memerlukan kebijaksanaan semua pihak bagi mencapai keputusan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan yang masih menunggu pembentukan.

"Saya percaya keputusan yang akan disambut baik di Malaysia yang menganggap ini satu hala tuju daripada apa yang berlaku dalam PRU15," katanya ketika ditemui di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Khamis.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, kerajaan negeri percaya Anwar mempunyai rancangan untuk memantapkan sebuah pentadbiran negara.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, disahkan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!